Zahidi bertanding bukan untuk menang tapi untuk protes  - Utusan Malaysia

Zahidi bertanding bukan untuk menang tapi untuk protes 

zahidi
ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan mahu menang tetapi sebagai tanda protes terhadap pemilihan calon Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, jika pucuk pimpinan meletakkan calon tempatan menggantikan dirinya beliau akan bersama parti untuk bekerja keras membantu kemenangan.

“Pemilihan calon kali ini menunjukkan permintaan akar umbi tidak dipandang malahan diletakkan calon dari luar di sini.

“Walaupun kita simpati dengan calon (BN) sebab edah pun belum habis  namun oleh kerana kita tak setuju dengan cara Presiden UMNO, kita terpaksa teruskan walau terpaksa bertanding sebagai calon Bebas,” katanya selepas proses penamaan calon Parlimen Padang Besar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Parlimen Padang Besar bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan 

Muhammad Saad@Yahya (PH); Datuk Zahida Zarik Khan BN (BN); Rusydan Rusmi,Perikatan Nasional (PN); Ko Chu Liang, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Zahidi calon Bebas.

Zahidi turut bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi dalam pertembungan enam penjuru.

Mengulas lanjut, kata beliau, jika  ingin menang, lebih baik beliau mengikut  langkah Datuk Seri Shahidan Kassim di Arau yang menyertai PN kerana akan menerima dua undi  parti.

“Saya protes kerana seolah-olah tiada anak tempatan boleh menjadi calon walaupun kita mengekalkan kemenangan cemerlang semua kerusi DUN dan Parlimen di Padang Besar. Ia bagaikan satu penghinaan kepada Padang Besar,” jelasnya.

Dalam pada itu,  Zahida yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang hadir ke pusat penamaan calon tetapi menghantar wakil ke atas pentas ketika pengumuman calon dibuat Suruhan Pilihan Raya.

Difahamkan, Zahida masih menunggu pandangan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai kaedah berkempen dalam tempoh edah.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.