Warga emas hilang ketika mendaki

Warga emas hilang ketika mendaki

PIHAK berkuasa melakukan operasi SAR bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Durian, Batu 10, Pagoh, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika mendaki secara berkumpulan di Bukit Durian, Batu 10, Pagoh, dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Fadli Ismail berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, Goh Sang Seng, 56, dilaporkan hilang semasa menuruni bukit itu secara berseorangan.

“Pada hari kejadian, mangsa dilaporkan mendaki secara berkumpulan bersama kira-kira 20 lagi rakannya.

“Bagaimanapun, ketika menghampiri puncak bukit, mangsa tidak mahu meneruskan pendakian dan berpatah balik ke tempat letak kenderaan.

“Oleh kerana kumpulan mereka sudah biasa dengan kawasan bukit di situ, maka, rakan-rakannya tidak menghalang mangsa untuk turun secara berseorangan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Fadli berkata, bagaimanapun apabila rakan-rakannya tiba di tempat letak kenderaan, kelibat lelaki itu tidak kelihatan menyebabkan mereka mencari semula mangsa di kawasan sekitar.

“Meskipun mencari semula di laluan trek, mangsa gagal ditemukan dan rakannya terpaksa menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, seramai 11 anggota dari BBP Pagoh termasuk pihak polis melakukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) sehingga waktu tengah malam tadi,” katanya.

Hingga pukul 2 petang ini, mangsa masih gagal ditemukan dan oeprasi SAR masih diteruskan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya