fbpx

Wales janjikan cabaran kepada Iran

TONGGAK Wales, Gareth Bale bersama rakan sepasukan dalam sesi latihan di Doha, semlam. - AFP

DOHA: Pemain tengah Wales, Harry Wilson menegaskan pa­su­kannya tekad untuk memberi persembahan terbaik menentang Iran.

Wilson berkata, Wales sedar akan Iran yang terdesak untuk memperoleh kemenangan pada pertemuan nanti ekoran kekalahan kepada England 6-2.

“Keputusan itu memang sukar untuk mereka kerana England memang tidak memberi jalan mudah.

“Mereka akan berhati-hati dengan pasukan lain dan saya rasa itu apa kita akan lihat nanti. Jadi ia terpulang kepada kami untuk pastikan Wales berada di tahap yang baik bagi mendapatkan tiga mata,” katanya.

Semasa England mengetuai Kumpulan B dengan perlawanan pembukaannya, Wales meraih satu mata apabila seri dengan Amerika Syarikat (AS).

Wilson berkata, jaringan daripada kapten pasukan, Gareth Bale pada minit ke-82 itu menyelamatkan pasukan daripada kekalahan.

“Beliau pimpin kami dalam pertembungan yang sukar.

“Bale berhak untuk berada di atas pentas ini untuk apa yang beliau sudah lakukan bagi pa­sukan selama bertahun-tahun,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN