Tiga maut kereta terbabas di LPT

Tiga maut kereta terbabas di LPT

KEADAAN Perodua Kancil yang terlibat kemalangan maut mengorbankan tiga mangsa di Kilometer 168.5 Lebuh raya Pantai Timur di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Tiga maut yang membabitkan dua wanita dan seorang lelaki dalam kemalangan di Kilometer 168.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini manakala seorang lagi mangsa yang merupakan kanak-kanak dilaporkan selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pusat gerakan operasi (PGO) menerima laporan kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Kancil pada pukul 8.10 pagi. 

Menurutnya, dua jentera bersama lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat mangsa. 

“Terdapat empat mangsa dalam kereta itu dan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang maut, dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

“Bagaimanapun, seorang mangsa membabitkan kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Dalam pada itu, Zulfadli berkata, pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan itu.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya