Tian Chua bukan lagi ahli PKR, berhenti kelirukan penghuni - Prabakaran - Utusan Malaysia

Tian Chua bukan lagi ahli PKR, berhenti kelirukan penghuni – Prabakaran

P. PRABAKARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran menggesa bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua berhenti mengelirukan pengundi Pakatan Harapan (PH) kerana beliau bukan lagi ahli parti.

Prabakaran berkata, sebaik Tian Chua bertanding sebagai calon Bebas dan menentang calon pilihan parti sendiri beliau secara automatik terlucut keahliannya seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

Menurut beliau, Tian Chua perlu bertanding sebagai calon Bebas dan menggunakan kapasitinya sendiri selain perlu berhenti mengelirukan pengundi

“Apabila Tian Chua membuat keputusan untuk bertanding di Parlimen Batu dengan kapasiti Bebas, dia secara automatik dipecat. Pada pandangan saya, beliau tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Tian Chua nak PH menjadi kerajaan, kenapa beliau berlawan dengan calon parti sendiri?

“Apabila pihak anggota parti melawan calon parti sendiri, memang dia akan dipecat serta-merta tetapi surat menyurat akan berlaku lepas PRU15 kerana semua sedang sibuk dengan ceramah. Untuk isu ini sahaja, kita tidak boleh panggil semua orang untuk buat keputusan,” katanya semasa sidang media.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Tian Chua mengatakan bahawa pendirian beliau sama dengan PH dan satu undi untuknya sama seperti mengundi untuk parti.

Mengulas lanjut, Prabakaran berkata, sekiranya Tian Chua mempunyai pendirian yang sama beliau tidak sepatutnya bertanding sebagai calon Bebas..

“Tindakan Tian Chua bertanding menggunakan tiket Bebas adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau, bukan parti. Tindakan ini sedikit sebanyak memecahkan undi untuk PH dan memberi kelebihan kepada pihak lawan,” katanya.

Kata Prabakaran, Tian Chua yang memberi kenyataan  akan kembali kepada PH sekiranya memenangi kerusi Parlimen Batu itu juga adalah tidak benar. 

“Ini kerana Akta anti lompat parti yang diluluskan oleh Parlimen, tidak membenarkan seseorang ahli Parlimen untuk melompat ke parti lain. Saya berharap dengan penjelasan ini pengundi akan terus menyokong saya selalu calon tunggal PH di Parlimen Batu,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya