BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan tiada kerjasama antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang didakwa.
Menurut beliau, malah perkara itu turut dinafikan oleh Anwar ketika berucap dalam satu program di Johor kelmarin.
“Saya dah tengok video dia (anwar) menafikan, jadi kita kena percaya apa yang dia (Anwar) cakap,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan komuniti India di sini semalam.
Semalam, dalam ucapan pada program di Johor Bahru, Anwar menafikan akan menjalin kerjasama dengan Ahmad Zahid selepas PRU15.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, isu itu adalah propaganda baharu dimainkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Sekarang, Mahathir, Muhyiddin dan Abdul Hadi berpakat dan kata Anwar sekarang sedang bincang dengan Zahid Hamidi, dia kata dulu punya perbualan telefon. Saya sendiri akan turun ke Bagan Datuk untuk serang Zahid Hamidi (kempen). – UTUSAN










