Tawaran Padu bukti pengalaman BN tadbir negara - Utusan Malaysia

Tawaran Padu bukti pengalaman BN tadbir negara

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita di Sendayan, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia atau Padu yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) sebagai manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan pengalaman parti itu dalam mentadbir negara.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tawaran oleh BN tersebut bukan merupakan ‘gula-gula’ sebaliknya sesuatu yang serius dan praktikal untuk dilaksanakan bersandarkan harapan dan isu yang dihadapi rakyat ketika ini khususnya mengenai peningkatan kos sara hidup.

“Saya katakan, kita perlu sentuh tentang sara hidup, isu asas masyarakat sekarang, orang bercakap tentang sara hidup, tidak cakap hal lain, selepas itu barulah yang lain.

“Pertama adalah orang nak tengok cara kami, BN jika diberi mandat dapat menyelesaikan dan mengurangkan kos sara hidup yang diluar kemampuan mereka sekarang.

“Kami (BN) ini bukan kerajaan budak-budak yang main pondok-pondok, kami mahu menguruskan negara, ia mesti serius dan praktikal, tidak main olok-olok, beri gula-gula, kamu undi kami, kami beri,  itu bukan cara kami. Kami sudah lama mentadbir dan mempunyai pengalaman dan tahu sudut mana, aspek mana yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Mohamad yang juga calon BN di Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita di Sendayan di sini semalam.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak percaya kepada pihak yang menabur janji sebaliknya memberi kepercayaan kepada pihak yang membuat perancangan sebaiknya seperti yang dilakukan BN menerusi tawaran Padu.

“Jangan percaya kepada orang yang berjanji, percaya kepada orang yang merancang, orang yang merancang ialah orang memikirkan masa depan, yang berjanji tidak memandang masa panjang sebaliknya memandang masa dekat.

“100 hari 200 hari sahaja, itu sebab tidak tahan, 22 bulan hanyut, sebab tak fikir panjang, (kami) tidak janji 100 hari, apa kita boleh buat, kami tidak janji malam ini menang, esok harga minyak turun, tidak, kita tidak boleh lakukan itu, mustahil.

“Jangan kita memperbodohkan kecerdikan orang, orang boleh fikir, mereka berpelajaran, boleh fikir mana yang boleh diguna pakai ataupun tidak,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya