PUTRAJAYA: Tindakan mana-mana ahli Dewan Rakyat menyatakan sokongan kepada ahli Dewan Rakyat lain sebagai calon Perdana Menteri yang berbeza gabungan parti, tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Anti Lompat Parti yang diluluskan baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, kedudukan itu mempunyai tujuan berbeza apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta parti politik yang menang…










