fbpx

Surat letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO palsu

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO. 

Dalam hantaran di Facebook, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. 

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya, hari ini. 

Terdahulu, tular satu surat yang didakwa kenyataan media Ahmad Zahid bertarikh 23 November mendakwa berlangsung satu mesyuarat tergempar yang dihadiri pemimpin utama parti komponen BN dan pimpinan tertinggi gabungan itu. 

Menurut surat itu, beberapa keputusan dicapai untuk menentukan gabungan mana yang akan disokong oleh BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada hari ini. 

Surat itu juga menyertakan peletakan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO. 

“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Oleh demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” tulis kenyataan itu.- UTUSAN 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN