[Sidang DUN] Kos tinggi punca nelayan kurang mendarat di Tok

[Sidang DUN] Kos tinggi punca nelayan kurang mendarat di Tok Bali

TUAN Mohd. Saripudin Tuan Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kos pengurusan yang tinggi menjadi salah satu punca berlakunya pengurangan jumlah pendaratan bot nelayan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir puteh di sini dan tidak mempunyai kaitan dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, kadar lesen aktif semakin berkurangan turut menjadi penyumbang kepada kemorosotan pendaratan tersebut termasuk kekurangan kru susulan masalah berkait Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Selain itu pengusaha-pengusaha bot laut dalam juga tidak ramai dan tidak bersedia menambah jumlah vesel kerana kos operasi tinggi manakala vesel-vesel sedia ada sudah lama.

“Bagaimanapun, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menyasarkan pendaratan ikan marin sebanyak 61,0000 metrik tan pada tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan daripada Wan Hassan Wan Ibrahim (Pas-Semerak) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, sehingga September lalu, pendaratan ikan yang direkodkan bagi empat daerah marin menunjukkan prestasi pendaratan positif ke arah mencapai sasaran tahunan.

Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM975,000 melalui Program Kesejahteraan Nelayan bagi membantu nelayan meringankan kos operasi di laut dalam sektor perikanan tangkapan dan ternakan akuakultur pada tahun ini.

“Kita berharap penyelesaian lebih holistik dapat diambil bersama Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam menghadapi cabaran ini.

“Antaranya memperbanyakkan lesen laut dalam dan buka semula lesen zon tradisi C dan B. Tambahan pula pengusaha dan nelayan berdepan cabaran ketiadaan subsidi minyak yang perlu dilihat kembali kerana ia mekanisma terbaik untuk merancakkan kembali sektor ini.

“Jabatan Perikanan Negeri Kelantan juga melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan hasil sektor perikanan tangkapan antaranya, Pembangunan Tukun Tiruan Rekreasi Penghalang Pukat Tunda,” ujarnya.

Tuan Mohd. Saripudin menjelaskan, pada tahun ini, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM270,000 untuk Program Pembangunan Melabuh Tukun Tiruan Rekreasi Penghalang Pukat Tunda di Tok Bali.

Katanya, langkah Monotoring, Controlling and Surveilance turut dipertingkatkan oleh Pasukan Penguatkuasaan Cawangan Perlindungan Sumber Tawang bagi memastikan sumber perikanan diterokai dengan baik di bawah Akta Perikanan 1985. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.