Seorang warga Malaysia cedera dalam insiden rempuhan di Seoul

Seorang warga Malaysia cedera dalam insiden rempuhan di Seoul

SEORANG lelaki bertopi arnab dan beberapa rakannya kini diburu polis selepas didakwa menjadi punca insiden rempuhan di Itaewon, Seoul. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan, Sabtu lalu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang dan pada ketika ini berada dalam keadaan yang stabil.

 “Pihak Kedutaan Besar di ibu kota Seoul sudah menghubungi mangsa bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaannya,” jelas beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.

 Insiden yang meletus pukul 10.15 malam (9.15 malam waktu Malaysia) di Itaewon, Seoul itu meragut 156 nyawa apabila lebih 100,000 orang bersesak membanjiri kawasan tersebut dengan kesemua mangsa terbunuh akibat sesak nafas ditolak kuat kumpulan individu dari arah belakang dengan 130 orang daripadanya merupakan penduduk Korea Selatan sendiri.

Sementara 26 warga asing maut dengan paling ramai dari Iran iaitu lima orang, diikuti China dan Rusia yang masing-masing empat serta Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing dua, manakala masing-masing hanya seorang rakyat Australia, Austria, Kazakhstan, Norway, Perancis, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan dan Vietnam.

Halloween merupakan acara keramaian bagi penganut Kristian di Barat pada akhir Oktober setiap tahun bagi memperingati mereka yang sudah pun mati dengan memakai kostum tertentu.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin turut mengesahkan bahawa sehingga kini belum ada lagi warga Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam kejadian berdarah sambutan tersebut.

“Rakyat Malaysia yang cedera dihulurkan bantuan konsular pihak kedutaan besar termasuk memudah cara urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapanya ke Seoul,” katanya.

Penjelasan terbaharu beliau itu sekali gus menafikan laporan dari pelbagai agensi berita asing sebelum ini mendakwa konon ada seorang warga Malaysia maut dikenali Raghu Jordagan, 21, dikatakan berpindah ke Korea Selatan sejak Januari 2021 lalu dan bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan untuk membantu ahli keluarganya di kampung.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa pihak kedutaan di Sepul akan terus memantau rapi perkembangan kes tersebut dan sentiasa memaklumkan situasi terkini dari semasa ke semasa dan mana-mana rakyat Malaysia terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan dinasihatkan berhubung dengan pihak kedutaan menerusi pelbagai saluran disediakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya