Saarani tiada masalah isytihar harta

Saarani tiada masalah isytihar harta

SAARANI Mohamad (dua dari kanan) bersama pemimpin BN pada pelancaran manifesto PRU15 di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersedia mengisytiharkan aset  yang dimiliki sekiranya diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

Menurutnya, beliau tiada masalah jika perlu mengisytiharkan aset, namun, perkara itu bukan syarat wajib yang ditetapkan SPR.

 

Katanya, beliau tidak bimbang jika perlu mengisytiharkan harta kerana jumlah harta dimilikinya jauh lebih rendah daripada pemimpin parti lain. 

 

“Boleh sahaja (isytihar harta) kita pun tidaklah kaya jika mahu dibandingkan dengan calon dari parti lain, saya jauh lebih miskin.

 

“Ada orang tak nak isytiharkan harta kerana takut keselamatan keluarga, anak cucu tetapi jika disyaratkan, saya tiada masalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan manifesto BN Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di sini semalam.

 

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya.

 

PKR menetapkan syarat setiap calonnya perlu melakukan pengisytiharan harta untuk bertanding dalam PRU15. 

 

Langkah itu dilaksanakan untuk menghapuskan pandangan serong pengundi terutama dalam kalangan anak muda terhadap aset dimiliki pemimpin. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN