Rafizi dedah nilai aset RM18.85 juta - Utusan Malaysia

Rafizi dedah nilai aset RM18.85 juta

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih dianggarkan kira-kira  RM18.85 juta.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya semua  calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  berbuat demikian.

Dengan pengisytiharan itu, Rafizi berkata, beliau   dipercayai antara calon terawal yang berbuat demikian.

Sebagai menjunjung prinsip telus, beliau  yang bakal bertanding di Parlimen Pandan melampirkan  akuan bersumpah pengisytiharan harta.

“Kesemua anggaran yang terkandung di dalam pengisytiharan ini di buat dengan usaha terbaik dan berdasarkan dokumen, rekod dan/atau ingatan saya. Semua aset yang diberi nilai pasaran terkini adalah berdasarkan anggaran terbaik saya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Menerusi akuan itu, antara  aset dimilik Rafizi diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn. Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya, dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor bernilai  RM1.6 juta, kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord bernilai RM110,00

Rafizi turut  mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebanyak RM23,500.

Kata beliau, bagi melihat secara terperinci hartanya dan calon PKR lain  ia boleh diakses   di laman www.calonkeadilan.org mulai esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN