PRU15: Polis Perak lulus 128 permit ceramah

PRU15: Polis Perak lulus 128 permit ceramah

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak meluluskan 128 permit ceramah daripada 130 permohonan diterima daripada parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dua permohonan yang ditolak itu atas faktor bukan untuk tujuan kempen parti yang bertanding.

“Setakat ini, sebanyak 123 ceramah diadakan di negeri ini namun sebanyak 16 ceramah berlangsung tanpa permit.

“Kita juga menerima dua laporan polis, namun, tiada tangkapan dan kertas siasatan dibuka setakat ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, semua penyokong parti politik dinasihatkan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam sepanjang tempoh berkenaan.

“Semua pihak diminta berkempen secara berhemah dan tidak melakukan provokasi secara keterlaluan terhadap isu-isu sensitif seperti isu agama, perkauman dan institusi diraja yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan memudaratkan perpaduan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN