Polis halang penyokong parti politik guna dron, alat muzik

Polis halang penyokong parti politik guna dron, alat muzik

MUHAMAD Zaki Harun semasa sidang akhbar di IPK, Kota Bharu, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan penyokong parti politik ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesalahan cubaan menerbangkan dron dikesan di pusat penamaan calon di Rantau Panjang manakala bermain alat muzik di Kuala Krai.

Menurut beliau, sebaik  menyedari kejadian itu, polis mengarahkan individu terbabit menurunkan  dron  kerana menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Kesalahan bermain alat muzik pula dikesan semasa penyokong mengiringi calon ke pusat penamaan calon. Mungkin mereka tidak mengetahui peraturan dan polis telah menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, seramai 2,301 pegawai dan anggota polis termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara  bertugas memantau dan membuat kawalan di semua pusat penamaan calon di 14 Parlimen di negeri ini hari ini.

Katanya, tiada sebarang insiden kekecohan  sepanjang proses penamaan calon dan hanya dua kesalahan iaitu menerbangkan dron dan bermain alat muzik dikesan.

Beliau kemudian mengingatkan calon yang bertanding pada PRU15 agar memohon permit polis untuk mengadakan ceramah semasa berkempen.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.