PN sukar menang di Parlimen Hulu Terengganu

PN sukar menang di Parlimen Hulu Terengganu

IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Perikatan Nasional (PN) dilihat sukar memenangi kerusi  Parlimen Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata, beliau percaya penyokong Pas di Parlimen itu berat hati untuk membantu kempen dan menyokong calon PN, Datuk Rosol Wahid yang merupakan bekas pemimpin UMNO.

Menurutnya, pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga masih lemah di Hulu Terengganu dan bergantung kepada pengundi Pas.

“Di Parlimen Hulu Terengganu, saya lihat orang Pas ‘a big reluctant’ (berat hati) bekerja untuk Rosol kerana dia (Rosol) bukan orang Pas, dia orang UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk Rancangan di Felda Neram II, di sini, hari ini.

Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,868 menewaskan calon Pas, Muhyiddin Abdul Rashid dan calon Bersatu, Datuk Razali Idris.

Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 14 Disember 2018.

Idris menambah, penampilan calon BN, Datuk Rozi Mamat di Parlimen Hulu Terengganu buat kali pertama di pentas Parlimen sememangnya tepat bagi memastikan kemenangan. 

Katanya, Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu didapati mendapat sokongan padu daripada ahli dan penyokong BN.

“Rozi mempunyai harapan untuk memenangi Parlimen Hulu Terengganu berdasarkan sokongan yang diterima sejak hari penamaan calon,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya