PKR cadang gubal Akta Anti Kebencian - Utusan Malaysia

PKR cadang gubal Akta Anti Kebencian

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR mencadangkan penggubalan Akta Anti Kebencian dilaksanakan seperti  di negara-negara lain, bagi menghukum ahli politik yang mengeluarkan kenyataan bersifat menabur kebencian kepada rakyat. 

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, dengan adanya akta tersebut secara tidak langsung boleh memastikan ahli-ahli politik menumpukan kerja asas mereka. 

Menurut beliau, ini kerana orang politik bertanggungjawab untuk membangunkan ekonomi serta mengharmonikan rakyat dan bukannya terus mengagihkan `candu politik sentimen’. 

“Mereka ini akan dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan yang bersifat menabur kebencian tanpa asas. 

“Tiada sebuah negara pun di dunia yang berjaya membangun sebagai negara maju dengan memainkan sentimen sahaja. 

“Kita wajar mempertanggungjawabkan ahli-ahli politik untuk bekerja keras untuk rakyat, tumpu kepada isu ekonomi rakyat, dan bukan menjadi pakar memberikan candu politik sentimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, kepercayaan dalam kalangan anggota  masyarakat akan terjejas sekiranya politik sentimen terus dimainkan oleh ahli politik. 

Malah, katanya, ia juga tidak membantu negara untuk terus fokus kepada dasar pembangunan ekonomi untuk kebahagiaan rakyat. 

“Menjadi amalan biasa sekiranya kerajaan dipantau dan dikritik oleh rakyat dan pembangkang, tetapi kita perlu meneliti apakah isi yang terkandung dalam serangan mereka. 

“Serangannya yang dituju kepada kerajaan perpaduan baharu, kerjasama politik baharu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lain tidak bukan adalah cerita ejen Yahudi, Freemason, komunis yang anti Melayu atau anti Islam. 

“Sebenarnya serangan-serangan tersebut tertumpu kepada itu sahaja. Lemparan propaganda sebegini bukan baru berlaku sekarang. Ia sudah bermula beberapa bulan sebelum pilihan raya, dan menjadi makin kencang selepas pembubaran Parlimen, malah makin membara apabila dibantu oleh media sosial seperti TikTok,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya