PH cuba ubah janji, bulan bintang jadi awan -Mahdzir

PH cuba ubah janji, bulan bintang jadi awan -Mahdzir

MAHDZIR Khalid beramah mesra bersama penduduk ketika hadir ke Majlis Pekebun Kecil Makmur Risda di Padang Sanai, Padang Terap di sini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pakatan Harapan (PH) didapati mengulangi janji-janji mereka yang tidak masuk akal seperti pada tahun 2018 meskipun menyedari ia tidak akan dapat diterjemahkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berbanding Barisan Nasional (BN), manifesto yang ditawarkan lebih praktikal dan realistik untuk ditunaikan.

“Kita tak nak janji bulan dan bintang, PH 2018 bawa manifesto bulan dan bintang, sekarang dia nak ulang balik, bulan sahaja bintang tak dak.

“Saya ingat orang pun tak mau dah, dia nak turunkan dari bulan bintang jadi awan, awan pun orang tak mau, sebab kamu dah janji kamu tak boleh buat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur di Padang Sanai, hari ini.

Sementara itu, Mahdzir berkata, BN sudah lama membawa suara pekebun kecil termasuk memperjuang harga lantai getah kepada paras yang bersesuaian ketika itu.

“Saya difahamkan ada juga parti lain kemukakan perkara berkaitan pekebun kecil, saya ingat ini telah diketahui umum bahawa BN telah mempunyai agenda yang lama, harga lantai dulu pun BN yang bawa.

“Sekarang nak bawa sekali lagi mungkin pada harga bersesuaian untuk masa ini, kita melihat pekebun kecil secara menyeluruh dan dalam Parlimen Padang Terap ini sendiri saya sudah beri keutamaan untuk percepatkan proses membina kilang di Kedah Rubber City,” katanya.

Tambahnya, ia termasuk pelan jangka panjang dan pendek seperti bantuan musim tengkujuh selain penubuhan jawatankuasa bagi mencari formula harga lantai getah yang bersesuaian antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Dalam pada itu, KPLB melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mensasarkan untuk menambah keluasan tanam semula getah di negeri Kedah seluas 2,500 hektar tahun ini.

Katanya, setakat ini lebih 1,551 hektar tanam semula komoditi itu telah dilaksanakan dengan 351 hektar telah diluluskan untuk pembangunan penanaman semula getah di Padang Terap.

“Ini menunjukkan prestasi yang baik dalam keadaan cuaca dan ekonomi yang tidak menentu dalam memastikan produktiviti getah terus dapat ditingkatkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya