Percepat bayaran BKM pancing undi - Dr. Mahathir

PRU15: Percepat bayaran BKM pancing undi – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR Mohamad ketika berucap pada Majlis Minum Teh di Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, petang tadi. - FOTO/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempercepat pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, meskipun matlamat asal pemberian BKM tersebut adalah untuk membantu keluarga miskin, namun pembayaran yang dibuat bermula 15 hingga 18 November ini iaitu beberapa hari sebelum PRU15 seolah-olah memperlihat strategi mereka membeli undi.

“Perdana Menteri punya hendak bantu keluarga miskin, hendak bagi duit tapi kenapa bagi setakat 18 November sahaja, sebab PRU15 pada 19 November.

“Jadi semua duit-duit sahaja, hendak guna duit hendak beli undi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Teh di Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, di sini, petang tadi.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan pembayaran BKM fasa empat yang dijadualkan pada Disember depan dipercepatkan pada 15 November ini.

Bayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat dan dijangka selesai pada 18 November.

Beliau berkata, keputusan mempercepatkan bayaran tersebut bagi membantu penerima menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN