Pentadbiran Ismail, Muhyiddin bersih dari rasuah - Pas

Pentadbiran Ismail, Muhyiddin bersih dari rasuah – Pas

ABDUL Hadi Awang (tengah) bergambar bersama pimpinan masyarakat selepas Majlis Bersama Tokoh Masyarakat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menyifatkan dua pemimpin negara, Datuk Seri Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bersih dan tiada salah laku terutama melibatkan rasuah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pentadbiran di bawah kedua-dua tokoh itu lebih bersih berbanding Barisan Nasional (BN). 

“Sebelum ini semasa BN memerintah, banyak kebocoran yang berlaku. 

“Namun, semasa Ismail Sabri dan Muhyiddin (mentadbir) adalah kerajaan yang bersih dan tidak ada salah laku,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Bersama Tokoh Masyarakat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini hari ini. 

Hadi memberitahu, pihaknya menyokong setiap keputusan yang baik demi kesejahteraan parti. 

“Setakat ini semua PM terbaik, dan dan kita menyokong usaha mereka menyatukan Melayu dalam ikatan yang kukuh. 

“Kita (Pas) ada cabang dan penyokong sendiri, maka bila kita bergabung ia membuktikan kestabilan dan keamanan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN