Pemimpin Pas mesti selidik, kawal penceramah jemputan

Pemimpin Pas mesti selidik, kawal penceramah jemputan -Takiyuddin

TAKIYUDDIN Hassan (dua dari kanan) ketika turun bersarapan dengan penduduk di Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seluruh kepemimpinan Pas di peringkat kawasan atau akar umbi yang ingin menjemput penceramah bukan dalam kalangan ahli parti bagi memenuhi slot sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diingatkan supaya memeriksa latar belakang individu berkenaan terlebih dahulu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, pada masa sama ahli parti yang berperanan sebagai penganjur perlu memastikan penceramah jemputan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mencetuskan kontroversi.

Menurutnya, individu atau penceramah yang bukan ahli Pas tidak boleh bercakap mengenai parti tersebut terutamanya berkenaan dasar-dasar parti.

“Jika ahli Pas, kita boleh ambil tindakan disiplin, tetapi, jika melibatkan bukan ahli, kita minta ahli Pas kawal dan jangan beri ruang kepada bukan ahli buat kenyataan tidak selari dengan pendirian parti dalam program dianjurkan.

“Kita takut jadi beginilah. Dia (penceramah jemputan) buat kenyataan tetapi orang ramai ingat itu pendirian Pas kerana disebut dalam program dianjurkan parti,” beliau berkata demikiN ketika diminta mengulas kenyataan berbaur ekstrem yang dilontarkan oleh pelakon, Zul Huzaimy pada program dianjurkan Pas di Kemaman, 4 November lalu yang tular dalam media sosial.

Utusan Online semalam melaporkan, Zul Huzaimy atau lebih dikenali sebagai Spark tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu.

Takiyuddin yang juga calon Pas di Parlimen Kota Bharu memberitahu, sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diambil, Pas mungkin akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli dan pimpinan selaku penganjur program.

Katanya, semua kepemimpinan dan ahli Pas perlu selari dengan pendirian parti dan tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan sembarangan.

“Hanya tiga individu boleh membuat kenyataan rasmi bagi pihak Pas iaitu Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) Timbalan Presiden (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) dan saya sendiri selaku Setiausaha Agung” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya