MENJELANG pengumuman calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka dibuat hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, 64, yang mengumumkan bersara daripada politik dikatakan sudah muktamad dengan keputusannya itu. Beliau dikatakan sah tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas walaupun Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan nama Mohamed Nazri ada dalam senarai yang diserahkan kepada lima pemimpin tertinggi UMNO…










