Mukhriz yakin Jerlun kekal milikinya - Utusan Malaysia

Mukhriz yakin Jerlun kekal milikinya

MUKHRIZ MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin keakraban yang dibentuk bersama rakyat di Jerlun mampu membantunya untuk terus mendapatkan undi bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mukhriz  yang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Jerlun  berkata,  prestasinya yang baik juga bakal turut membantu untuk menambat hati pengundi.

Bagaimanapun, menurut beliau,  dirinya bersama jentera parti akan terus bekerja keras setiap hari dalam tempoh berkempen hingga tibanya hari pengundian pada 19 November.

“Selain sudah dua penggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, saya juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam dalam Parlimen Jerlun. Rakyat di sini sudah mengenali saya dan hubungan antara kami wujud sejak sekian lama,” katanya.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd. Ghani Ahmad terharu dengan sokongan  ditunjukkan penyokong dalam gabungan partinya.

“Saya terharu kerana Bersatu hadir memberi sokongan padu kepada Pas Jerlun untuk bertanding kali ini. Bersandarkan kerjasama dan komitmen semua pimpinan serta jentera, kami yakin untuk mencapai kemenangan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Othman Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) berkata, perjuangan dalam membela nasib rakyat Jerlun yang kebanyakannya pesawah, nelayan dan pekebun getah akan menjadi keutamaannya jika terpilih sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

“Kita akan teruskan pembelaan bersandarkan perkara-perkara dijanjikan menerusi Bajet 2023. Kita akan pastikan segala dijanjikan itu ditunaikan,” kata beliau.

Menurut beliau, di Jerlun isu bekalan air belum diselesaikan dan perkara itu akan diberi tumpuan penuh untuk diselesaikan.

Sebagai rekod, ketiga-tiga calon itu  pernah berentap  pada PRU14 yang menyaksikan Mukhriz menang dengan menggunakan logo PKR dengan 18,695 undi, Abd. Ghani meraih 12,829 undi manakala Othman memperoleh 12,413 undi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.