Menang dahulu, baru bincang calon Perdana Menteri - Tun M

Menang dahulu, baru bincang calon Perdana Menteri – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Gerakan Tanah Air (GTA) belum mempunyai calon Perdana Menteri kerana mahu memberi tumpuan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlebih dahulu.

“Tiada calon lagi, sekiranya menang barulah ditentukan siapa Perdana Menteri. 

“Sekiranya dinamakan terlebih dahulu, tetapi tidak menang, tiada makna,” kata Pengerusi Penaja GTA dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Parti Pejuang Tanah Air, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihaknya mahu memastikan Malaysia tidak dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

“Atas faktor itu, GTA menampilkan semua calon yang rekod baik dan tidak terbabit dengan jenayah serta pertuduhan di mahkamah yang datang dari pelbagai latar belakang.

“Biarpun mereka tidak menjalani tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi mereka dalam kalangan yang berintegriti dan layak menjadi wakil rakyat, malah layak menjadi menteri pun,” katanya. 

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjadi calon GTA bagi Parlimen Rembau, Dr Mahathir memaklumkan bahawa Abdul Hamid belum bersedia.

Dalam perkembangan mengenai beberapa pemimpin UMNO yang disingkirkan, Dr Mahathir  berkata, beliau mengakui sedih dengan Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Tan Sri Annuar Musa. 

“Saya berpendapat mereka bertiga bukan orang Presiden UMNO sedangkan beliau mahukan orang-orang dia yang jadi calon,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya