PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Sungai Buloh bakal menjadi titik kebangkitan Khairy Jamaluddin dalam pentas politik UMNO sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini. Ramai berpendapat, Menteri Kesihatan itu boleh ‘mencuri’ undi PH yang dimenangi S. Sivarasa dengan majoriti 26,634 undi pada PRU14. Bagaimanapun, bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, melihat minggu pertama tempoh kempen, Khairy boleh diterima pengundi di…










