Majikan tidak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi 

Majikan tidak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi 

GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada 19 November ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]. 

“Majikan hendaklah berbincang dengan pihak pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, majikan juga boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

Saravanan berkata, bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi, mereka pula boleh mengambil cuti tahunan.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada 19 November ini, manakala undi pos bagi mereka yang layak telah ditetapkan pada 15 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.