PETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.
Lima wakil GPS antaranya Datuk Seri Fadhillah Yusuf, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi , Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Datuk Aaron Ago Dagang tiba kira-kira pukul 11.05 pagi.
Ketibaan mereka susulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut diminta menghadap Seri Paduka pada pukul 10.30 pagi ini bagi mencapai keputusan siapa Perdana Menteri ke-10.- UTUSAN