Ku Li guna TikTok dekati orang muda

Ku Li guna TikTok dekati orang muda

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua dari kanan) bersama masyarakat Cina di Kampung Batu Papan 2 di Gua Musang, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membuka platform media sosial, TikTok bulan lalu sebagai langkah untuk mendekati anak muda dan memperoleh input mengenai isu semasa.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, 85, berpendapat, aplikasi itu mempunyai kepentingan terutamanya bagi seorang wakil rakyat seperti dirinya untuk seiring perkembangan zaman.

“Saya melihat TikTok sebagai satu pendekatan untuk merapatkan jurang dengan masyarakat yang terpisah akibat jarak dan kekangan yang lain. 

“Muda mudi daripada usia 18 tahun ke atas tidak terkecuali. Saya melihat, bukan hanya anak muda, semua golongan masyarakat menggunakan TikTok,” katanya kepada pemberita selepas program beramah mesra dengan penduduk Cina di Kampung Batu Papan 2 di sini hari ini.

Menurut Penyandang Ahli Parlimen Gua Musang selama 10 penggal itu memberitahu, dia turut membaca komen-komen daripada pengikutnya mengikut kesesuaian masa. 

Sehingga kini, akaun TikTok ‘Tengku Razaleigh Hamzah’ mempunyai 2,751 pengikut.

Perkongsian video Ku Li berkenaan ‘Mengapa Saya Lawan Dr. Mahathir’ mencatatkan paparan tertinggi iaitu lebih 64,000 daripada pengguna TikTok. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN