Kenderaan bertambah arah pantai timur, utara - Utusan Malaysia

Kenderaan bertambah arah pantai timur, utara

Sempena hari pengundian esok, dilaporkan beberapa lebuh raya menuju ke pantai timur dan utara kenderaan bergerak perlahan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama  perlahan susulan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Jurucakap Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan  di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke pantai timur dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong dan persimpangan Karak ke Plaza Tol Karak.

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 lancar tetapi berlaku pertambahan kenderaan.

Bagi perjalanan ke arah utara, jurucakap itu berkata, aliran trafik juga perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya; Lembah Beringin ke Tanjung Malim; Slim ke Sungkai; Bidor ke Gopeng dan Ipoh (selatan) ke Ipoh (utara).

Perjalanan ke arah selatan memaklumkan akibat kemalangan di Kilometer (KM) 382.3 berdekatan Slim River, Perak dan KM177.5 dari Jasin ke Tangkak menyebabkan trafik perlahan sejauh 3.5 kilometer.

Aliran trafik juga perlahan dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, di semua laluan ke ibu negara `tenang’ kerana sebahagian besar warganya pulang mengundi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumum Jumaat (18 November) dan Sabtu (19 November)  sebagai cuti umum bagi mengalakkan pengundi pulang mengundi.

Beliau turut mengumumkan tawaran tol percuma membabitkan 30 syarikat konsesi lebuh raya pada dua hari cuti umum itu.

Selain itu, kerajaan bersetuju supaya diawalkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November pada 17 November manakala bayaran pencen pada 14 November. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.