Kelantan tolak pembangunan punca ramai hijrah cari kerja di negeri lain - Utusan Malaysia

Kelantan tolak pembangunan punca ramai hijrah cari kerja di negeri lain

TENGKU Razaleigh Hazmah (dua kiri) bersama ahli UMNO di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan. -UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dasar kerajaan negeri Kelantan yang tidak mahu menerima pembangunan  lebih 30 tahun memerintah menyebabkan golongan muda terpaksa  berhijrah mencari peluang pekerjaan di luar Kelantan.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, penghijrahan golongan muda disebabkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini tidak rancak.

“Di kawasan Gua Musang, kita berkali-kali mahu bawa perusahaan supaya menambahkan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kemampuan orang muda. 

 “Tetapi, kerajaan negeri dilihat dingin dan tidak mahu menerima pelaburan itu. Jadi, muda-mudi kita terpaksa mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka di luar sana,” katanya selepas merasmikan Jentera Barisan Nasional Bahagian Gua Musang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini semalam.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Ku Li berkata, pelbagai usaha tetap dilakukan oleh BN bagi membangunkan dan mensejahterakan rakyat.

“Kita tengok bandar Gua Musang yang dibangunkan telah jauh berbeza berbanding dahulu. Suasana di sini lebih hidup daripada banyak bandar lain di Kelantan.

“Harapan saya, mereka akan ingat apa kemajuan yang telah dilakukan oleh kita untuk mereka sekarang. Kita berharap golongan muda dapat mengenang jasa yang BN di daerah ini,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.