Janji Rafizi kongsi kekayaan tidak boleh dipercayai  - Utusan Malaysia

Janji Rafizi kongsi kekayaan tidak boleh dipercayai 

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rafizi Ramli dituduh mungkiri janji untuk berkongsi kekayaan Invoke bersama kakitangannya sekali gus  memberi bayangan perkara sama akan dilalui warga kerja rakyat negara ini sekiranya Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mendakwa, ini kerana Rafizi  pada tahun 2017 mengumumkan  beliau akan memberi saham Invoke kepada lebih 80 kakitangannya yang sudah berkorban menjayakan syarikat itu. 

Bagaimanapun, menurut beliau, perkara itu tidak ditunaikan apabila Timbalan Presiden PKR itu dalam kenyataannya semalam mengakui bahawa beliau sememangnya tidak berkongsi kekayaan Invoke bersama kakitangannya. 

“Kini tahun 2022, dan Rafizi gagal menunaikan janjinya. Sebaliknya Rafizi telah memegang sebahagian besar (Lion Share) kekayaan Invoke dan pemegang saham kedua terbesar adalah taikun perniagaan ialah Lee Choo Boo. 

“Rafizi telah menjaja Invoke kepada awam sebagai satu entiti yang berkepentingan awan bertujuan untuk membawa kepada pilihan raya yang adil. 

TAIKUN

“(Namun) adalah sangat penting, beliau menjelaskan bagaimana seorang taikun perniagaan menjadi pemegang saham Invoke yang besar dan bukan kakitangan biasa yang telah dijanjikan bahagian mereka. (Malah soal)  bagaimana pemegang saham yang ketiga besar adalah kroni beliau daripada PKR, Wong Chen?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Abdul Latif berkata, kini selepas diasah dan dicabar soal ketiadaan saham diberikan kepada kakitangannya, Rafizi membuat satu janji baharu bahawa kononya kakitangan Invoke akan mendapat saham mereka di masa depan apabila syarikat itu tersenarai. 

Namun, soalnya, kenapa harus sesiapa percaya kepada janji baharu Rafizi jika beliau gagal menunaikan janji yang dibuat lima tahun lalu kepada kakitangan sendiri. 

“Perlakuan Rafizi, yang kini telah didedahkan melalui kata-katanya sendiri, telah membuka mata rakyat. Jika inilah cara seorang pemimpin kanan Harapan melayan pekerjanya, apakah nasib warga kerja di bawah pemerintahan Harapan?

“Apakah kepentingan warga kerja Malaysia terjamin oleh Harapan atau kepentingan taikun-taikun perniagaan yang besar? Siapakah yang akan mendapat bahagian besar kekayaan negara kelak, rakyat biasa atau taikun perniagaan?

“Sesungguhnya rakyat berhak mengetahui hakikat sebenar,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya