PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berjanji menghapuskan semua permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik jika berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan masa depan Malaysia juga mesti lestari dan selamat.
“Dan kita juga akan berusaha menambah litupan kawasan berhutan negara kepada 60 peratus keluasan dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. –UTUSAN