Jangan cuba-cuba, jangan dipatuk ular di lubang sama dua kali-PM

Jangan cuba-cuba, jangan dipatuk ular di lubang sama dua kali-PM

ISMAIL SABRI Yaakob (empat dari kiri) hadir pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Semua pengundi diingatkan supaya jangan sekali lagi cuba-cuba mengundi pembangkang yang terbukti tidak mampu menunaikan janji ketika memerintah negara selama 22 bulan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata, tiada guna cuba menukar yang ‘baharu’ sedangkan Barisan Nasional (BN) sudah pun terbukti mampu mengotakan janji dan membela nasib masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

“Satu parti jangan tipu kita dua kali, orang kata kalau dipatuk ular jangan datang dari satu lubang yang sama, jadi jangan sampai dua kali kita kena tipu parti pembangkang.

“Dia sangka yang baharu lebih baik daripada yang lama tetapi 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH), baru rakyat Malaysia sedar yang lama, BN jauh lebih baik, ramai menyesal tetapi dalam politik dalam pilihan raya, menyesal tidak ada maknanya,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, selama ini BN yang mempunyai dasar untuk semua sentiasa menjaga kepentingan semua kaum secara berterusan.

Beliau berkata, dalam Bajet 2023 kerajaan memperuntukkan RM85 juta hingga RM90 juta setahun bagi pembangunan Kampung Baru Cina selain peruntukan hampir RM100 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Selain itu katanya, bagi membantu masyarakat Cina berniaga, RM200 juta diperuntukkan bagi Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Waktu kita perintah Kolej Tunku Abdul Rahman boleh menjadi universiti dan kita beri bantuan, tetapi apabila PH memerintah, mereka potong dengan alasan MCA punya sedangkan di situ terdapat pelajar kaum Cina,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, masyarakat India juga tidak terkecuali daripada menerima pelbagai inisiatif dan bantuan berterusan daripada kerajaan BN.

Beliau berkata, bagi memastikan pembangunan kaum India berterusan dan beliau menubuhkan jawatan kuasa pembangunan ekonomi kaum India yang dipengerusikannya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.