KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertujuan menebus semula maruahnya selepas difitnah dengan teruk semasa pemilihan parti sebelum ini. Che Abdullah berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika nama tiada sebagai calon Pas namun fitnah secara berleluasa ke atas dirinya tanpa ‘kawalan’ daripada parti membuatkanya mengambil keputusan bertanding menggunakan tiket…










