England dalam tekanan

England dalam tekanan

PENYERANG England, Jack Grealish (kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Keengganan Gareth Southgate menurunkan Phil Foden sehingga mengikat keputusan England seri 0-0 dengan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengundang tekanan kepada pengendali skuad Three Lions itu menjelang pertemuan getir Kumpulan B menentang Wales.

England yang berdepan dengan benteng kebal AS, Jumaat lalu walaupun meletakkan kepercayaan kepada gandingan serangan Jack Grealish dan Marcus Rashfor, namun gagal memecah kebuntuan mencari gol.

Untuk kali kedua saingan Piala Dunia, perancang utama Manchester City itu terpaksa bermula di bangku simpanan.

Selepas kemenangan meyakinkan membenam Iran 6-2, Foden direhatkan, sebaliknya Southgate menurunkan Mason Mount membantu Harry Kane, dengan Bukayo Saka berperanan di sebelah kanan serangan manakala Raheem Sterling di sebelah kiri.

Keputusan Southgate itu telah mengundang kecaman ramai peminat England apatah lagi strategi beliau tidak mampu mencipta kemenangan ke atas AS.

“Tindakan Southgate tidak menurunkan Phil Foden sangat memalukan kerana dia mempunyai bakat yang hebat. Dia pemain yang terbaik,” kata bekas pemain pertahanan England, Gary Neville.

Sementara itu, bekas bintang England, Wayne Rooney turut bersetuju dengan Neville agar Foden disenaraikan dalam kesebelasan utama England menentang Wales selepas ini.

“Saya berasa sangat janggal apabila Foden tidak dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang AS. Dia akan menjadi kunci pasukan ini jika saya adalah bos England.

“Secara teknikalnya dia adalah pemain terbaik dimiliki England pada masa

Foden sebelum ini beraksi dalam dua perlawanan di Euro 2020 tetapi terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Selepas perlawanan menentang AS, Southgate ketika memberikan reaksinya berkata, dia tidak mahu meletakkan peranan pemain itu di tengah kerana Foden lazimnya bermain di bahagian saya semasa di City.

“Saya tidak mahu menjawab segala pertanyaan jika pasukan kalah apabila meletakkan pemain itu di bahagian tengah. Kami tahu dia bagus,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya