Dua ban pecah, 111 mangsa banjir dipindah di Tanjong Karang

Dua ban pecah, 111 mangsa banjir dipindah di Tanjong Karang

ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir akibat ban pecah di Kampung Ban RB, Sungai Sireh, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seramai 111 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat dua ban pecah di sekitar Tanjong Karang di sini, hari ini.

Dua lokasi itu melibatkan kawasan sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh.

Kesemua mangsa terdiri daripada 38 keluarga termasuk warga emas, kanak-kanak dan bayi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi pertama di Kampung Lembah Pantai selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.47 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kawasan rumah dihuni 92 penduduk di kawasan itu dinaiki air mencecah 0.5 meter.

“Banjir itu berlaku berikutan ban pecah di lokasi berhampiran dan hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kejadian ban pecah turut dilaporkan berlaku di Kampung Ban RB pukul 7.30 pagi tadi.

“Kawasan rumah 19 mangsa itu dinaiki air sedalam 0.2 meter dan berada dalam keadaan statik.

“Paras air ketika ini didapati mula menunjukkan penurunan namun pemantauan lanjut masih dilakukan,” ujarnya.

Tambah Norazam, kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Baru Lembah Pantai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh.

Justeru, beliau menasihatkan semua penduduk mematuhi arahan pemindahan daripada pihak berkuasa bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya