Cikgu Tina sudah 20 tahun dekati rakyat Rembau - Utusan Malaysia

Cikgu Tina sudah 20 tahun dekati rakyat Rembau

S. TINAGARAN (dua dari kanan) mengedarkan risalah dan bertemu orang ramai Pasar Pekan Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Parlimen Rembau,  S. Tinagaran akan menggunakan kelebihannya yang sudah 20 tahun mendekati rakyat di Parlimen itu sebagai guru tuisyen serta aktivis masyarakat bagi menghadapi saingan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lebih dikenali sebagai Cikgu Tina, lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan itu juga berkata, parti yang diwakilinya itu juga sudah kerap kali turun padang di Negeri Sembilan dalam memperjuangkan banyak perkara melibatkan masyarakat di negeri ini.

“Saya yakin sebagai seorang aktivis, sudah ramai yang kenal saya. Jangan pandang parti besar sahaja tetapi pandangkan calon yang bertanding, adakah benar-benar mereka bekerja untuk rakyat atau sebaliknya.

“Kami tidak akan bergabung dengan mana-mana parti namun sekiranya menang, usul yang dibentangkan di Parlimen yang ada kepentingan serta manfaat buat rakyat, kami akan sokong,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Pelancaran Manifesto PSM di Pasar Pekan Rantau, di sini, hari ini.

Pada PRU15, PSM hanya bertanding di dua buah kerusi iaitu Parlimen Rembau dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak.

Tinagaran yang juga Setiausaha PSM Negeri Sembilan menambah, parti itu memberi tumpuan kepada sembilan perkara dalam manifestonya yang dikenali sebagai Manifesto Tempatan Rembau.

“Sembilan perkara itu adalah berkaitan, Jaminan Kerja, Jaminan Makanan, Banjir dan Mitigrasi Perubahan Iklim, Bekalan Air, Kesihatan, Perumahan, Kemudahan Bank, Pengangkutan Am, serta Pusat Sukan DUN,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan berkata, selepas perubahan angin politik pada pilihan raya umum yang lalu, rakyat lebih melihat kepada faktor calon berbanding parti.

“Kita tidak mahu Parlimen hanya dikongkong oleh dua gabungan gergasi, itu tak boleh, ini pun tak boleh, suara rakyat juga tidak keluar. Kami cuba walaupun seorang (di Parlimen).

Parlimen Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan empat calon lain ialah Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN); Jufitra Joha (Pakatan Harapan), Mohd. Nazree Mohd. Yunus (Perikatan Nasional) dan Ramly Awalludin (Pejuang).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya