Calon Sungai Buloh: Pemimpin PKR tidak sepakat

Calon Sungai Buloh: Pemimpin PKR tidak sepakat

KHAIRY Jamaluddin bertemu para penyokong dalam program Jentera BN di Sungai Buloh, Selangor, malam kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin utama PKR dilihat tidak sepakat berhubung calon yang akan bertanding Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan timbalannya, Rafizi Ramli berhubung wakil Pakatan Harapan (PH) yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Menurut Anwar, pengguguran penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa diambil bagi mengelakkan kemudaratan PH di kerusi tersebut kerana Ketua Cabang Sungai Buloh itu mengalami masalah kesihatan yang mungkin akan memberi kesan dalam mempertahankan Parlimen berkenaan.

Sebaliknya Rafizi dan Jawatankuasa Calon bagi PKR mahu Sivarasa dikekalkan, namun, katanya, Anwar mempunyai calon lain.

Anwar berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mahu Sivarasa kekal bertanding kawasan terbabit di PRU15.

“Sivarasa itu peguam saya dan kawan baik saya dan berkhidmat tiga penggal dan keadaan kesihatan…kita tengok juga ada isu, jadi, apabila dia pergi (berkempen) dilihat dengan keuzuran beliau, itu akan mengesankan.

“Jadi, saya sudah beri pertimbangan masalah itu dan kita boleh tonjolkan tokoh yang boleh mengalahkan Khairy,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tulisan beliau bertajuk ‘Membangun Negara Madani’ di sebuah hotel di sini semalam.

Pada PRU14, Sivarasa memperoleh kemenangan dengan majoriti 26,634 undi menewaskan lawannya dari BN, A. Prakash Rao yang mendapat 16,681 undi dan calon Pas, Nuridah 16,997 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) 642 undi.

Kelmarin, Rafizi memaklumkan beliau akan berbincang dengan Anwar berhubung pencalonan Datuk R. Ramanan di Parlimen Sungai Buloh setelah maklum mengenai pandangan pengundi mengenai calon PKR itu pada setakat ini setelah BN mengetengahkan Menteri Kesihatan di kawasan itu.

Dalam pada itu, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Rafizi berkata: “Saya dan jawatankuasa calon mencadangkan Sivarasa dikekalkan tetapi keputusan di tangan Presiden. Pada pendapat saya, lebih baik kekalkan calon supaya kempen ini dapat berjalan dengan baik.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN