Calon PN gempur deposit tetap BN

Calon PN gempur deposit tetap BN

AWANG Hashim menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang menghadiri Majlis Sukan Komuniti Banggol Besi di Tanah Merah, Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas di Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim beranggapan peluangnya untuk kekal di kerusi itu cerah apatah lagi langkah menggempur kawasan simpanan tetap lawan di Sungai Tiang membuahkan hasil. 

Menurutnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, pihaknya yakin pengundi di kawasan tersebut akan menilai kerja dilakukannya selama lebih empat tahun ini dengan baik.

“Mengikut rekod dan sejarah pilihan raya umum sebelum ini, Tokai menjadi tempat untuk tentukan kemenangan Pas, buat masa ini bukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu   sahaja ‘fix deposit’ kita tetapi kena lebarkan sokongan ke DUN Sungai Tiang.

“Sungai Tiang juga menjadi satu kawasan yang boleh beri kemenangan walaupun sejarah kemenangan adalah calon daripada Barisan Nasional (BN). Jadi, Sungai Tiang bukan lagi ‘fix deposit’ kepada pihak tertentu,“ katanya ketika ditemui pada Majlis Sukan Komuniti Banggol Besi di Tanah Merah, di sini hari ini.

Awang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) setelah menewaskan calon BN, Datuk Othman Abdul dan PKR, Datuk Wan Saiful Wan Jan dengan majoriti 5,808 undi.

Selain Ahli Jawatankuasa Pas itu, setakat ini tiga gabungan parti mengumum untuk bertanding di kawasan tersebut iaitu BN dengan calon daripada UMNO, Datuk Suraya Yaacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang; Pakatan Harapan (Datuk Dr. Zulkifly Mohamad) dan Gerakan Tanah Air (Abdul Rashid Yop). 

Tambah Awang, beliau bagaimanapun tidak memandang rendah kepada calon lawan itu sebaliknya terus berusaha mendekatkan diri dengan pengundi terutama sepanjang tempoh berkempen ini.

“Saya turun dan hulur bantuan tak kira ideologi politik. Sebagai calon Parlimen Pendang saya memberi perkhidmatan secara menyeluruh memang saya tidak pernah tinggalkan Sungai Tiang walaupun pengundi DUN itu tak pilih parti yang saya sertai.

“Hampir dua tiga bulan ini semua pakat turun di kawasan ini iaitu satu tindakan yang mana untuk tumpu kepada pilihan raya calon sahaja, kalau betul-betul melibatkan rakyat, kita tak akan turun pada musim PRU sahaja,” katanya.

Bercakap mengenai manifestonya, kata Awang, beliau akan menumpukan perhatian untuk memperkasa tahap pendidikan dan kemahiran golongan muda di kawasan ini.

“Saya sedang merancang menjadikan Pendang sebagai bandar ilmuan, anak muda di kawasan ini mesti capai 60 peratus terdiri daripada orang berlatar belakang pendidikan dan kemahiran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.