Calon heavy weight PN, kerusi panas PRU15

Calon heavy weight PN, kerusi panas PRU15

PN pertaruhkan calon heavy weight pada PRU15. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menarik perhatian pengundi berdasarkan strategi meletakkan calon-calonnya di beberapa kerusi ‘panas’ yang menjadi tumpuan.

Antaranya di Parlimen Langkawi yang sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, PN mempertaruhkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Suhaimi Abdullah. Kedudukan beliau dalam parti sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah diperkukuhkan melalui jawatan penting parti yang disandang, termasuk Pengerusi Tetap, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu 2019-2022.

Di Parlimen Parit Buntar, Perak yang pada PRU14 dimenangi penyandang heavy weight iaitu Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, PN meletakkan calon komponen Pas, Mohd. Misbahul Munir Masduki. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang pada PRU14 bertanding di DUN Hutan Melintang mewakili Pas.

Calon heavy weight PN yang turut mencuri tumpuan di Perak adalah Naib Presiden Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Beliau dicalonkan di Parlimen Bagan Serai, sekali gus menggugurkan kedudukan penyandang kerusi itu, iaitu Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Seperti semua sedia maklum, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sah bertanding kerusi panas Parlimen Tambun, menentang Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu di Pahang, Parlimen Pekan yang sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menyaksikan pertembungan dengan calon PN dari Pas, Fadhil Noor Abdul Karim. Beliau pada PRU14 ditewaskan di DUN Chini oleh calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang memperoleh 10,027 undi.

Negeri Pahang juga medan Pas mempertaruhkan Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin di Parlimen Jerantut. Pada PRU14, Khairil bertanding di Parlimen Gombak dan kalah kepada bekas ‘otai’ PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memperoleh majoriti 48,721.

Di pihak Bersatu, penyandang Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kekal dicalonkan, menyaksikan persaingan sengit dengan pihak lawan memandangkan kedudukan beliau yang penting di peringkat kerajaan dan parti, selaku Menteri Luar serta Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang.

Sementara di Selangor, antara kerusi tumpuan seperti Gombak dan Shah Alam, bakal menampilkan nama-nama besar dari Bersatu. Di Gombak, seperti diketahui umum, Azmin bakal dipertandingkan. Pada masa sama, Parlimen Shah Alam yang dianggap ‘jantung’ PH di Selangor sebagai kubu kuat, PN menampilkan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr. Afif Bahardin.

Berikut senarai kerusi panas serta calon heavy weight PN dalam PRU15 kali ini:

1. P. 004 Langkawi: BERSATU – DATUK SUHAIMI BIN ABDULLAH

2. P.057 PARIT BUNTAR: PAS – MOHD. MISBAHUL MUNIR MASDUKI

3. P.058 BAGAN SERAI: PAS – DATUK IDRIS AHMAD

4. P.059 BUKIT GANTANG: BERSATU – DATUK SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL

5. P.063 TAMBUN: BERSATU – DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMU

6. P.075 BAGAN DATUK: BERSATU – DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN

7. P.081 JERANTUT: PAS – KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

8. P.082 INDERA MAHKOTA: BERSATU – DATUK SERI SAIFUDDIN ABDULLAH

9. P.085 PEKAN: PAS MOHD. FADHIL NOOR ABDUL KARIM

10. P.098 GOMBAK: BERSATU – DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI

11. P.108 SHAH ALAM: BERSATU – DR. AFIF BAHARDIN

12. P.113 SEPANG: BERSATU – DATUK SERI RINA MOHD HARUN

13. P.119 TITIWANGSA: PAS – DR. ROSNI ADAM

14. P.124 BANDAR TUN RAZAK: BERSATU – DATUK KAMARUDIN JAFFAR

15. P.125 PUTRAJAYA: BERSATU – DATUK DR MOHD RADZI JIDIN

16. P.129 KUALA PILAH: BERSATU DATO’ EDDIN SYAZLEE SHITH

17. P.131 REMBAU: BERSATU – MOHD NAZREE MOHD. YUNUS

18. P.134 MASJID TANAH: BERSATU – DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

19. P.146 MUAR: PAS – ABDULLAH HUSIN

20. P.153 SEMBRONG: BERSATU – AZIZ ISMAIL

21. P.162 ISKANDAR PUTERI: BERSATU – BERSEKUTU – TAN NAM CHA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya