Cally Ting guna bas Hoho perkenal calon BN Gopeng

Cally Ting guna bas Hoho perkenal calon BN Gopeng

CALLY Ting menunjukkan bas Hoho yang disewa untuk kempen calon BN di Parlimen Gopeng di Gopeng semalam. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG:  Cally Ting Zhao Song menggunakan cara berlainan untuk memperkenalkan dirinya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Gopeng pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan bas dua tingkat atau ‘Hop On Hop Off’ (Hoho).

Cally Ting berkata, cara itu berkesan untuk pengundi lebih mudah mengenalinya dan tiga lagi calon BN yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gopeng.

Tiga calon DUN BN itu ialah Datuk Hang Tuah Din (Sungai Rapat),  Lee Wai Yin (Simpang Pulaui) dan Liew Yee Lin (Teja).

“Kami menyewa bas ini untuk menunjukkan poster calon BN kepada pengundi Parlimen Gopeng supaya mereka lebih mengenali siapa calon BN yang bertanding,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Katanya, penggunaan bas HOHO itu terhad di kawasan yang boleh dilalui dan hanya digunakkan sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

“Bas hanya ada satu, kami tumpu di seluruh kawasan Parlimen Gopeng tetapi ada had kerana kami tak dapat masuk jalan yang sempit.

“Dengan cara ini kami mahu berjumpa dengan seramai mungkin pengundi dan meyakinkan mereka bahawa kami adalah pilihan terbaik,” katanya.

Cally Ting, 32, merupakan Naib Ketua MCA Bahagian Gopeng menjadi calon yang diharapkan BN untuk merampas semula Parlimen Gopeng selepas 15 tahun.

Beliau berdepan saingan daripada tiga calon lawan iaitu Tan Kar Hing (PH), Muhamad Farhan Abdul Rahim (PN) dan G. Balachandran (Warisan).

Menurut Cally, BN mempunyai peluang merampas Parlimen Gopeng selepas 15 tahun setelah mereka bekerja keras sejak empat tahun lalu dengan gerak kerja di lapangan.

“Saya berharap mendapat mandat daripada pengundi Gopeng untuk kami bekerja dan berkhidmat demi masa depan Gopeng,” katanya.

Sebelum ini, Parlimen Gopeng sinonim sebagai kerusi BN menerusi ahli parlimennya dari MCA, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh, yang juga bekas Setiausaha Agung MCA.

Namun, BN gagal memenangi kerusi itu sejak PRU 2008 yang dimenangi PKR menerusi calonnya, Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya