BN teruskan pembangunan luar bandar - Utusan Malaysia

BN teruskan pembangunan luar bandar

MAHDZIR Khalid berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Penerbitan Kreatif Finas – UiTM di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di Padang Terap hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Barisan Nasional (BN) akan meneruskan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023 sekiranya memperoleh mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM2.55 bilion diperuntukkan untuk kementeriannya bagi menambah baik kemudahan itu di luar bandar.

 “Infrastruktur rakyat menjadi keutamaan sebab itu adalah prasarana di bawah kementerian termasuk baik pulih jalan kampung, luar bandar, lampu jalan serta kemudahan sosial seperti dewan dan surau.

 “Kita juga nak tengok penyelenggaraan yang berkaitan dengan tabika Kemas. Kita akan tengok kawasan lain yang masih menumpang di dewan orang ramai untuk beri keutamaan,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Penerbitan Kreatif Finas – UiTM di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini.

 Menurut beliau, kementerian berkenaan juga menerima peruntukan sebanyak RM460 juta bagi membina baharu dan membaikpulih rumah yang ditingkatkan daripada RM361 juta sebelum ini.

 “Projek lain melibatkan bekalan elektrik luar bandar dengan peruntukan RM472 juta, Projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif berjumlah RM381 juta, RM123 juta bagi Projek Lampu Jalan Kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan,” katanya.

 Selain itu, bantuan secara langsung kepada golongan rentan di luar bandar akan diteruskan termasuk secara bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk 450,000 isi rumah.

 “Malah, subsidi bil elektrik RM40 diperluas kepada kumpulan paras garis kemiskinan (PGK) Makanan 2019, perlindungan sosial RM734 juta iaitu perlindungan insurans atau takaful bagi B40 dan penerima bantuan BKM,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya