Barangan tiruan bernilai RM16,225 dirampas 

Barangan tiruan bernilai RM16,225 dirampas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,225 di sebuah premis di Taman Garing Utama, Rawang di sini, Rabu lalu.

Serbuan pada 8.30 malam itu berdasarkan aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar berhubung terdapat aktiviti mencurigakan membabitkan cap dagangan yang diwakili.

Pengarahnya, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, pihaknya menggerakkan satu operasi di bawah Perlindungan Harta Intelek yang dengan kerjasama bersama wakil pemilik cap dagang.

Katanya, sebuah premis jenis gudang tanpa nama dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan pelbagai barangan jualan secara dalam talian.

“Susulan maklumat itu, satu serbuan dijalankan bersama wakil pemilik cap dagang di lokasi yang dilaporkan dan pasukan menemukan pelbagai barangan dipercayai tiruan.

“Antaranya selipar (3,520 pasang), topi (760 unit), seluar (135 pasang) dan sarung kaki (120 pasang) dengan pelbagai jenama, saiz dan rekaan yang dipakaikan dengan suatu cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik cap dagang yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zuhairi berkata, ketika pemeriksaan seorang lelaki dirakam keterangan dan memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan.

“Potensi kesalahan adalah membabitkan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (ACD 2019) dan suatu kesalahan mengikut Seksyen 102(1)(c) ACD 2019,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN