Anwar nafi mahu bekerjasama dengan Zahid

Anwar nafi mahu bekerjasama dengan Zahid

ANWAR IBRAHIM berucap pada Majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek, Johor Bahru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjalin kerjasama dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, isu itu adalah propaganda baharu dimainkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau komited untuk bekerjasama dengan rakan komponen Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir kerajaan pusat baharu pasca PRU15.

“Ada orang kata jangan sokong Anwar Ibrahim, dia ini ejen Israel, kalau Anwar menang DAP akan kawal dan DAP itu komunis, nanti perempuan boleh kahwin perempuan dan lelaki boleh kahwin lelaki. Itu sahaja yang mereka fikirkan, bukan untuk urus tadbir negeri.

“Sekarang, Mahathir, Muhyiddin dan Abdul Hadi berpakat dan kata Anwar sekarang sedang bincang dengan Zahid Hamidi, dia kata dulu punya perbualan telefon. Saya sendiri akan turun ke Bagan Datuk untuk serang Zahid Hamidi (kempen).

“Apa ni? bila ada saya bincang? (dengan Ahmad Zahid). Sebaliknya saya, Anthony Loke dan Mohamad Sabu komited untuk tubuhkan pasukan terbaik, bekerja keras pagi dan malam berkempen untuk menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan baharu,” katanya dalam ucapan pada Majlis Hi Tea Harapan di Restoran Cathay, Taman Molek, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, calon PH bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan calon PH di Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu, Anwar yang juga calon PH Parlimen Tambun turut menggesa rakyat supaya tidak memberikan sokongan kepada golongan pengkhianat.

“Golongan pengkhianat ini, kita jangan bagi walau satu undi sekalipun, baik orang Cina, Melayu, India. Malu kalau sokong orang yang khianat, kepala pengkhianat ada di Gombak (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya.

Anwar mengakui mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan mengubah sistem pentadbiran negara yang dilihat terlalu banyak amalan rasuah.

“Jangan menilai tempoh 22 bulan PH mentadbir sebelum ini, kerana pada masa itu siapa Perdana Menteri (Dr. Mahathir). Ada beza antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya