AMK Perak lapor polis terhadap dakwaan berbaur fitnah oleh

AMK Perak lapor polis terhadap dakwaan berbaur fitnah oleh Razman

ZAIM Sidqi Zulkifly (kiri) dan Lee Boon Chye (kanan) bercakap dalam sidang akhbar di pejabat PKR Perak di Medan Istana, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak akan membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkaitan ucapan berbaur fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, dakwaan Razman yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunong Semanggol kononnya Anwar menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu adalah fitnah dan berbaur hasutan.

“Menerusi video tular itu, calon DUN Gunong Semanggol menyebut Anwar menyokong LGBT, jika sokong Anwar dan PH (Pakatan Harapan) sama dengan menyokong LGBT. 

“Kita melihat kenyataan ini bersifat fitnah dan berbaur hasutan. Oleh itu, AMK akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam suasana kempen sepanjang PRU15, semua pihak perlu menjalankan kempen secara berhemah tanpa menimbulkan sebarang ketegangan antara parti.

“Kita akan buat laporan polis esok supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan berkaitan video yang kini tular dalam media sosial,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Razman yang juga penyandang kerusi DUN Gunong Semanggol dilaporkan mendakwa Anwar yang mengetuai PH membawa budaya LGBT dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Menerusi portal itu, beliau juga didakwa berkata, DAP membawa agenda komunis manakala UMNO dan PH akan bekerjasama selepas PRU15. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya