Aliran debri rosakkan struktur Empangan Hidro Pangi, Tenom

Aliran debri rosakkan struktur Empangan Hidro Pangi, Tenom

ALIRAN debri yang mengakibatkan kerosakan di Empangan Hidro Pangi, Tenom, Sabah, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Aliran debri atau banjir lumpur yang berlaku di kawasan Empangan Hidro Pangi, Tenom perlu diberi perhatian serius sebelum bencana atau  kejadian lebih teruk berlaku.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Noor Sheena Herayani Harith berkata, sudah tiba masanya kejadian aliran debri ini diambil berat terutamanya apabila ia memusnahkan pembinaan struktur yang besar seperti jambatan dan empangan.

Beliau berkata, analisis model aliran debri perlu diambil kira agar pihak berwajib dapat menganggarkan had laju atau haluan aliran debri dengan lebih awal bagi mengurangkan risiko serta kerosakan akibat daripada bencana alam tersebut.

Kejadian aliran debri yang berlaku Selasa lalu di kawasan Empangan Hidro Pangi, Tenom  mengakibatkan bekalan elektrik di kawasan sekitar terjejas serta merosakkan harta benda penduduk.

Felo Penyelidik Utama Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) UMS itu berkata, kerosakan pada bahagian empangan tersebut disebabkan oleh aliran debri yang terdiri daripada batu-batuan dan pokok-pokok yang telah hanyut dan terkumpul di bahagian empangan. 

“Aliran debri antara bahaya geologi yang membawa maut dan boleh menyebabkan kerosakan harta benda terutamanya di negara ini. 

“Kejadian ini berkemungkinan terjadi akibat terdapat kawasan tanah runtuh di kawasan berhampiran yang disebabkan hujan berpanjangan sebelum dihanyutkan oleh arus sungai dan akhirnya terkumpul di bahagian empangan. 

“Disebabkan tahap tampungan dan bebanan yang besar, struktur empangan tersebut tidak dapat menanggung beban luar jangkaan dan seterusnya menyebabkan keruntuhan. 

“Susulan itu, lebihan debri melimpah dan membanjiri kawasan sekitar empangan seterusnya merosakkan dan menimbus beberapa struktur bangunan terutamanya kawasan perumahan berdekatan serta kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Noor Sheena berkata, kejadian sebegitu turut berlaku semasa peristiwa pasca gempa bumi di Ranau pada tahun 2015 di kawasan Mesilau dan Ranau. 

Kejadian gempa bumi itu menyebabkan tanah runtuh dan seterusnya mengalirkan aliran debri di kawasan Mesilau yang menghanyutkan struktur jambatan akibat bebanan yang terlalu tinggi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya