ADUN PH dakwa wujud pilih kasih sewaktu PKP

ADUN PH dakwa wujud pilih kasih sewaktu PKP

LIM YI WEI -Gambar dari FB Lim Yi Wei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMANSARA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei mendakwa  wujud pilih kasih semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di antara menteri dengan rakyat biasa.

Sehubungan itu, Yi Wei berkata, rakyat perlu menyimpan perasaan marah tersebut dan terjemahkan dalam kertas undi pada 19 November akan datang.

Katanya, pengundi tidak perlu lupa bagaimana rakyat terseksa sewaktu pelaksanaan PKP dua tahun lalu.

“Segelintir rakyat kehilangan kerja, gaji dipotong atau tiada langsung, kes bunuh diri meningkat dan banyak lagi isu-isu.

“Walaupun semasa PKP bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun, Gobind Singh Deo banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah.

“Jangan bagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan semua kluster mahkamah tersebut lari dari penghakiman, bawa balik PH ke Putrajaya,” katanya sewaktu menghadiri Ceramah Umum PH di sini, hari ini.

Sementara itu, calon PH Damansara, Gobind berkata, rakyat perlu beri PH peluang sekali lagi kerana pelbagai dasar tidak boleh dilaksanakan dalam 22 bulan.

Katanya, tidak adil menilai PH dalam tempoh waktu yang pendek.

“Namun, dengan waktu yang pendek tersebut juga, PH berjaya melaksanakan Undi18, harga tol dikurangkan 18 peratus, mata wang negara tidak serendah kini dan banyak lagi isu yang berkaitan rakyat dilaksanakan.

“Kita mempunyai majoriti dan calon Perdana Menteri berpengalaman yang sanggup lawan dan membawa reformasi demi rakyat.

“Jangan lupa Langkah Sheraton, mereka menukar kerajaan tanpa sokongan rakyat, jadi inilah masanya sebagai rakyat kita tunjuk kuasa undi dan menolak mereka,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya