40 buah rumah terjejas banjir kilat

40 buah rumah terjejas banjir kilat

MANGSA banjir membersihkan rumah mereka yang terjejas di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebanyak 40 buah rumah terjejas selepas ditenggelami banjir kilat yang melanda Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini susulan hujan lebat sejak semalam. 

Menurut penduduk, hujan bermula kira-kira pukul 7 malam dan paras air Sungai Ceweh mula meningkat pada pukul 12.30 malam tadi.

Seorang penduduk, Siti Aisyah Ibrahim, 25, berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barangan kerana air naik secara mengejut dan memasuk ke dalam rumah selama 40 minit.

“Saya dan keluarga tidak tidur semalaman kerana air mencecah paras lutut.

“Sebaik sahaja air surut, kami terus bergotong royong membersihkan lumpur yang masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di RKT Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ghazali Bedol, 62, berkata, setiap tahun RKT Jeram Tekoh dilanda banjir kilat selepas kejadian banjir besar 2014.

Katanya, keadaan itu dipercayai berpunca daripada Sungai Ceweh yang cetek dan tidak lagi menampung kapasiti air hujan yang banyak.

“Kami berharap pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengorek dan mendalamkan Sungai Ceweh.

“Jika keadaan itu dilakukan dapat membantu penduduk yang sering berdepan kerugian akibat kerosakan harta benda itu,” ujarnya

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kilat bagi meringankan beban mereka. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya