Bukan hal saya - Alyph minta hentikan sentimen kenegaraan. - Utusan Malaysia

Bukan hal saya – Alyph minta hentikan sentimen kenegaraan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapper asal Singapura, Alyph, kecewa dengan segelintir pentaksub yang memainkan sentimen kenegaraan berhubung kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz.

Menurutnya, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak memukul rata, membabitkan semua artis Singapura dengan masalah yang ditimbulkan segelintir selebriti dari negara berkenaan.

“Ketika awal ke Malaysia dahulu, memang saya terasa sedikit asing. Tetapi lama kelamaan, bila sudah berkawan, tinggal di rumah mereka dan sebagainya, saya tidak lagi rasa begitu.

“Kita sudah masuk ke tahun 2024, dah maju. Tak sangka sentimen kenegaraan ini masih ditimbulkan.

“Secara peribadi, muzik saya tak ada passport, tak berwarganegara. Kontroversi yang timbul berkaitan orang lain bukan hal saya,” katanya pada sidang media lagu terbarunya Dari Jauh yang dilancarkan pertang tadi.

Lagu tersebut, merupakan kolaborasi sulung penyanyi ini dengan penulis lirik Indonesia, Teddy Adhitya.

Alyph mengulas tentang sentimen kenegaraan yang dicetuskan susulan kontroversi membabitkan Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Alyph berharap agar sentimen tersebut tidak terus dimainkan untuk kebaikan industri muzik secara keseluruhannya.

“Jaga diri sendiri dengan baik, jagalah nama negara.

“Kita tak boleh halang orang bercakap, jadi terima sahajalah apa yang mereka perkatakan.

“Sosial media sangat menyeramkan. Saya doakan netizen diizinkan Tuhan untuk memberi komen yang baik-baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN