Youtuber Israel  dakwa `beli’ pasport RM700,000  masuk Malaysia - Utusan Malaysia

Youtuber Israel  dakwa `beli’ pasport RM700,000  masuk Malaysia

TANGKAP layar daripada perkongsian video terbaharu Nas Daily yang mendedahkan rahsia bagaimana warga Israel boleh memasuki Malaysia tanpa risau masalah pasport.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat  Israel yang `bercita-cita’ memasuki Malaysia boleh berbuat demikian tetapi perlu membayar kos AS$150,000 (kira-kira RM710,300) untuk membuat pasport dari negara lain.

Demikian didedahkan pempengaruh popular atau Youtuber dari negara haram itu, Nuseir Yassin menerusi satu perkongsian terkini disiarkannya pada Sabtu lalu.

Lelaki yang lebih dikenali sebagai Nas Daily menerusi video  ‘I finally went to this country’ atau ‘Saya akhirnya pergi ke negara ini’ berjaya meraih lebih 2.2 juta tontonan.

“Rakaman kali ini bernilai AS$150,000 kerana itulah kos pasport yang saya dapat hanya untuk masuk ke Malaysia,” katanya yang gembira pada awal video berdurasi empat minit 46 saat itu.

Beliau mengakui itulah harga perlu dibayar bagi memperoleh dokumen perjalanan dari Saint Kitts and Nevis setelah diberikan kerakyatan oleh negara kepulauan Caribbean tersebut.

Yassin, 30, lelaki  etnik Arab tetapi murtad agama Islam itu berkata, usaha beliau untuk cuba memasuki Malaysia secara sah sudah dirancang empat tahun lepas.

Ketika itu, beliau masih menetap di Singapura dan sering memasang impian untuk menyeberangi Tambak Johor kerana cuma mampu melihat jauh panorama Malaysia dari republik berkenaan.

MEMBONGKAR

Pendedahan terbuka beliau yang ada lebih 10 juta peminat media sosial itu secara tidak langsung membongkar sisi ‘kelemahan sempadan’ Malaysia dalam saringan kemasukan rakyat Israel.

Pada 19 Oktober lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan Yassin  memasuki Malaysia menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis.

Berdasarkan rekod agensi berkenaan, lelaki tersebut masuk ke negara ini menerusi Tambak Johor pada 15 Oktober lalu dan kembali ke Singapura keesokannya dengan pasport yang sama.

Justeru, tiada tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) walaupun dilaporkan memasuki negara jiran itu semula menggunakan pasport Israel pula.

Pasport negara Yahudi itu ditolak 25 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selain Cuba, Korea Utara dan Venezuela yang turut tiada langsung menjalinkan hubungan diplomatik.

Menurut laporan terkini Passport Index, pasport Israel menduduki tempat ke-51 paling kuat global dengan bebas visa di 150 negara, perlu visa ketibaan di 45 negara manakala wajib visa di 48 negara.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya